Sabtu, 6 Disember 2008

NasiB AnaK KandunG Di RumaH Sendiri

Nazak. Menghampiri maut. Satu persatu kesilapan lampau, kesalahan silam yang telah dilakukan terbayang di matanya. Umpama siri ulangan tayangan gambar. Air mata darah yang keluar sekalipun, tidak dapat mengembalikan kejernihan lampau. Alangkah bagusnya kalau dulu aku tak ambil ramai anak angkat. Tergambar penyesalan yang amat dahsyat...

Anak angkatku telah berpakat dengan ibu bapa sebenar mereka untuk membelakangi aku. Anak - anak kandung hasil perkahwinan dengan isteriku telah dicabar dan ditentang oleh anak - anak angkatku. Apalah nasib mereka nanti, tatkala maut menjemput aku?

Apalah nasib anak - anak kandungku kelak? Mereka harus berjuang demi hak - hak mereka sebagai anak kandungku. Adik Beradik angkat mereka telah berani menidakkan hak mereka.

Adik beradik tiri mereka telah berani memijak - mijak kepala mereka. Janganlah anak - anak kandungku bergaduh sesama sendiri. Kelak kamu jua yang rugi.